KELENDAR HIJRAH

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Tuesday, September 29, 2009

Minyak Serai Wangi

Adakah anda mengetahui tentang khasiat minyak serai wangi??.Ianya boleh membantu anda mengatasi masalah gatal-gatal kulit jika diadun dengan bahan-bahan tertentu.Jika anda berminat untuk mendapatkannya sila hubungi myjutawangaharu@gmail.com kami mengeluarkan pelbagai jenis minyak yang boleh membantu pelbagai masalah luaran dan dalaman diri anda.Jangan hanya berpeluk tubuh tanpa berusaha.Jika anda mahu berniaga dan mahu memperoleh pendapatan lumayan,marilah bersama menyertai perniagaan kami....

Tuesday, January 13, 2009

Kepala Minyak

Kepala minyak boleh di perolehi apabila kita memasak santan untuk dijadikan minyak.Kepala Minyak disebut juga sebagai tahi minyak.Kadang-kadang dijadikan juga bidalan kepada pemikiran seseorang yang selalu memikirkan perkara negatif orang lain.Sememangnya keadaan ini berlaku kepada setiap individu samada kanak-kanak atau dewasa.Pemikiran tahi minyak ini hanya akan merosakkan kehidupan orang lain seperti pemikiran orang-orang yahudi la tu.Ianya akan dimiliki oleh sesiapa sahaja yang tidak beriman dan tidak takut akan azab Allah.

Friday, January 2, 2009

Minyak Dagu

Salam,siapa pernah dengar tentang minyak dagu.Kalau di negeri Pahang ni ,di zaman dulu-dulu orang yang dengki khianat dan jahat selalunya menggunakan minyak dagu untuk membalas dendam kepada orang yang dibencinya.Tak tahulah kenapa mereka sanggup melakukan perbuatan jahat itu tapi yang sebenarnya apabila kita kita telah dipengaruhi syaitan ,apa sahaja yang dilarang oleh agama maka perkara itulah yang suka dilakukannya.

Monday, December 1, 2008

Minyak turun harga lagi tapi...........

Alhamdulillah,minyak kereta dah tiga kali turun,dan minggu depan turun lagi tapi yang menherankan harga barang tak turun-turun malah naik adalah terutama kawasan pekan kecil seperti Raub,Temerloh dan lain-lain tempat.Kami tertanya-tanya juga...,tiadakah tidakan yang lebih aggrasif dikenakan kepada peniaga borong dan runcit ni.Mereka ni patut diajar dengan lebih keras supaya mereka tahu tanggung-jawab.

Sunday, October 5, 2008

Harga Minyak Turun Harga Barnag Naik

Apa hal peniaga-peniaga ni..??kalau harga minyak naik 10 sen ,belum naik baru umum mereka naikkan harga barang melambung-lambung tapi bila harga minyak turun 20 sen harga barang tak turun malah naik lagi pulak tu dan mereka kata turun harga minyak sikit aje mana boleh turun harga barang.Apa jenis punya manusia lah dia orang ni.

Friday, August 22, 2008

Yeeeee Harga Minyak Turun

Petang ni aku dengar Berita di TV 1 ,Perdana Menteri telah mengumumkan penurunan harga minyak antara 15 sen hingga 22 sen.Alhamdulillah......

Tuesday, August 19, 2008

Minyak Kelapa Dara

Kalau dulu orang memasak santan kelapa untuk mendapatkan minyak dan tahi minyaknya.Minyak kelapa tersebut dijadikan bahan menggoreng masakan manakala tahi minyak kelapa dimakan bersama nasi pulut..wuh !!!sedapnya apabila dimakan pagi semasa menanam padi di sawah dihembus pula angin lembut membelai,hilang segala penat lelah berkerja.Kini setelah kemajuan sains dan teknologi maka telah terbukti minyak kelapa mempunyai banyak khasiat dalam bidang perubatan.Setelah itu minyak kelapa telah diproses dengan cara yang lebih bersih serta dinamakan "Minyak Kelapa Dara".Tentu anda telah melihat berbagai produk yang dibuat dari minyak kelapa dara.TAPI LAGI BEST KALAU DAPAT KAHWIN DENGAN ANAK DARA...WAWWW!!!!!!!