KELENDAR HIJRAH

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Friday, August 22, 2008

Yeeeee Harga Minyak Turun

Petang ni aku dengar Berita di TV 1 ,Perdana Menteri telah mengumumkan penurunan harga minyak antara 15 sen hingga 22 sen.Alhamdulillah......

Tuesday, August 19, 2008

Minyak Kelapa Dara

Kalau dulu orang memasak santan kelapa untuk mendapatkan minyak dan tahi minyaknya.Minyak kelapa tersebut dijadikan bahan menggoreng masakan manakala tahi minyak kelapa dimakan bersama nasi pulut..wuh !!!sedapnya apabila dimakan pagi semasa menanam padi di sawah dihembus pula angin lembut membelai,hilang segala penat lelah berkerja.Kini setelah kemajuan sains dan teknologi maka telah terbukti minyak kelapa mempunyai banyak khasiat dalam bidang perubatan.Setelah itu minyak kelapa telah diproses dengan cara yang lebih bersih serta dinamakan "Minyak Kelapa Dara".Tentu anda telah melihat berbagai produk yang dibuat dari minyak kelapa dara.TAPI LAGI BEST KALAU DAPAT KAHWIN DENGAN ANAK DARA...WAWWW!!!!!!!

Monday, August 18, 2008

Minyak Senyonyong

Minyak ini digunakan oleh orang lelaki masyarakat Melayu pada zaman dahulu untuk memikat perempuan yang disukainya.Pada zaman sekarang minyak tersebut masih digunakan juga oleh segelintir pemuda Melayu tetapi tidaklah sehebat zaman dahulu.Ada sesetengah orang menggunakannya untuk membalas dendam kepada perempuan yang bersikap sombong dan bongkak.Kesan dari pengunaan minyak ini amat dahsyat hingga menyebabkan seseorang perempuan itu menjadi seperti hilang akal kerana terlalu marhabah dan cintanya dia kepada orang yang menggunakan minyak berkenaan.Kini minyak itu boleh diperolehi oleh pengamal perubatan tradisional di Pahang dengan harga RM 2,000.00 sebotol.Walaupun begitu untuk menggunakanya memerlukan beberapa petua dan cara.

Friday, August 15, 2008

Minyak Lintah

Pernahkah anda mendengar tentang khasiat minyak lintah?Bagi masyarakat Melayu Malaysia penggunaan minyak lintah telah lama diamalkan terutama bagi tujuan pembesaran dan memperpanjangkan alat kelamin lelaki.Beza pada masa dahulu orang Melayu hanya menggunakan lintah gunung atau bukit untuk menghasilkan minyak.Pada akhir-akhir ini perusahaan minyak lintah telah dibuat secara komesial malah ia diusahakan secara besar-besaran.Melalui kemajuan sains dan teknologi lintah kini telah diproses menggunakan mesin automatik dan pengeluarannya dilakukan secara besar-besaran.Lintah kini dijadikan produk yang menjurus kepada produk perubatan moden.

Thursday, August 14, 2008

Minyak Urut

Minyak urut adalah sejenis minyak yang dicipta khas untuk mengatasi lenguh-lenguh sendi.Biasanya ia digunakan oleh golongan yang sudah sedikit berumur kerana merekalah yang selalu mengalami masalah lenguh ini.Minyak urut turut dicampur dengan minyak kayu putih agar dia menjadi lebih panas dan berangin.Masyarakat Melayu tradisional menghasilkan minyak urut dengan pelbagai bahan campuran yang dianggap berkhasiat dan boleh membantu menyembuh pelbagai penyakit atau patah tulang.Sebagai contoh penggunaan minyak Kambing Gurun,Minyak Burung Hud-Hud,Minyak Kuda,Minyak Lintah dan lain-lain lagi.Pendik kata minyak urut telah dipercayai sejak turun temurun.

Monday, August 11, 2008

Alim Tahi Minyak..!!!

Amboi lihat gayanya macam alim sangat,pergi ke masjid jadi imam,jadi bilal.Cakap bukan main kerajaan sekarang tak islam konon,parti dia sahaja yang islam.orang tak sokong parti dia tak islamik konon tapi perangainya bapak munafik,bini orang digoda,bini sendiri dibiar melaram.Bangan juga puak Parti Pas ini rupanya.Islam ikut acuan dia orang aje.Kalau dia orang buat yang tak betul selamba aje macam tak bersalah tapi kalau orang semua salah.Alim tahi kucing digaul dengan tahi minyak lepas tu orang PAS yang makan.