KELENDAR HIJRAH

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Friday, July 18, 2008

Kereta Triton Lite Baru woooooooo

Kawan-kawan,aku baru beli triton lite baru warna hitam.Ok juga ,nampak bergaya dan yang lagi best tu minyak yang dia makan boleh tahan juga.Tapi saya tak kisah...kalau rasa nak jimat berihatlah bawa dia dua tiga hari.Satu tangki penuh saya bubuh lebih kurang rm 200.00 Diesel.Dari rumah ke sekolah dan pusing-pusing sikit tahanlah dua minggu hingga tiga minggu.Sayapun tak kira lagi berapa kilometer boleh perginya.

Monday, July 7, 2008

Minyak Hitam Bocor.

Ini adalah cerita benar yang saya alami.Minggu sebelum ini saya pergi baiki penghawa dingin kereta,pada masa itu saya rasa sudah ditipu oleh "tokey" Cina tu.Saya cuma suruh masuk gas penghawa dingin kereta tetapi dia tukar ring pada motor penghawa dingin serta kipasnya sekali.Hari ini minyak hitam keluar dari injin kereta hingga kering seperti injin pecah dan bocor serta injin terlalu panas hingga berbau hangit.Saya pasti Tokey celaka itu buat sesuatu yang menyebabkan kerosakan tersebut.Saya pergi ke bengkel lain,dan memang sahlah apa yang saya syak.Pekerja bengkel itu beritahu cara pemasangan motor ,reng dan wayaring kipas penghawa yang salah menyebabkan penyejuk injin tidak berfungsi serta gasket jadi bocor kerana terlalu panas.Memang celaka tokey tu.JADI SAYA INGATKAN KEPADA MANA-MANA PEMBACA BLOG,yang berada di sekitar Bandar Raub atau membaiki kereta di bandar Raub,berhati-hatilah kerana kebanyakan bengkel disitu tiada pekerja pakar atau mereka memang jahat membaiki bahagian lain dan merosakkan bahagian lain,supaya mereka boleh cari makan dengan cara itu.

Sunday, July 6, 2008

Aku Naik Minyak.

"Hoi....!! celaka lu,main tuduh-tuduh saja hah."Aku marah betul semalam apabila jiran itu selalu provok aku.Aku sendiri tidak tahu kenapa,sepatutnya dalam hukum berjiran tertangga ni mesti saling menghormati tapi jiran aku yang India ni sengaja dan selalu menyakitkan hati aku.Patutkah dia tuduh anak aku buang tokong dia ,dah sah dan terang-terang aku nampak dia ambil tokong dia bawa masuk rumah.Binatang betul.

Saturday, July 5, 2008

JANJI PENJUAL KERETA>>>>

Hari ini saya pergi kekedai kereta,sepatutnya hari ini Triton Lite saya boleh keluar dah,tapi nampak gayanya saleman dah mulakan lakonan kedua.Kalau tuanpuan baca cerita saya ni ,cuba jadikan panduan.Sebaik sahaja saya diberitahu kereta saya dah sampai maka tanpa melingah masa saya terus kekedai berkenaan."Wa..ini hali keleta awak boleh kelua la,tapi ha itu luit muka kasi manyar lululah".Saya tak kisah maka sayapun serahkan wang pendahuluan RM10,000.00 kepada tokey apek tu.Saya terus menunggu hingga 4.00 petang tanpa sebarang berita dari penjual,lalu saya bertanyalah kepada kerani di situ lantas dia menjawab"Eh..,encik kereta tak boleh keluar lagi hari ni sebab IP tak dapat lagi,surat dari Kastam tak dapat lagi,surat dari JPJ tak de lagi",Saya rasa bengang juga,tadi cakap lain ini cakap lain.Seterusnya saya bertanya "Bila boleh dapat ambil kereta saya ni"nadanya agak ganas lah.Budak tu jawab "Agaknya seminggu lagi kot",Saya mula marah "Apa kot-kot...cakap biar tepat lah....Memang dasar salesmen memang cakap tak pernah betul.