KELENDAR HIJRAH

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Saturday, July 5, 2008

JANJI PENJUAL KERETA>>>>

Hari ini saya pergi kekedai kereta,sepatutnya hari ini Triton Lite saya boleh keluar dah,tapi nampak gayanya saleman dah mulakan lakonan kedua.Kalau tuanpuan baca cerita saya ni ,cuba jadikan panduan.Sebaik sahaja saya diberitahu kereta saya dah sampai maka tanpa melingah masa saya terus kekedai berkenaan."Wa..ini hali keleta awak boleh kelua la,tapi ha itu luit muka kasi manyar lululah".Saya tak kisah maka sayapun serahkan wang pendahuluan RM10,000.00 kepada tokey apek tu.Saya terus menunggu hingga 4.00 petang tanpa sebarang berita dari penjual,lalu saya bertanyalah kepada kerani di situ lantas dia menjawab"Eh..,encik kereta tak boleh keluar lagi hari ni sebab IP tak dapat lagi,surat dari Kastam tak dapat lagi,surat dari JPJ tak de lagi",Saya rasa bengang juga,tadi cakap lain ini cakap lain.Seterusnya saya bertanya "Bila boleh dapat ambil kereta saya ni"nadanya agak ganas lah.Budak tu jawab "Agaknya seminggu lagi kot",Saya mula marah "Apa kot-kot...cakap biar tepat lah....Memang dasar salesmen memang cakap tak pernah betul.

No comments:

Post a Comment