KELENDAR HIJRAH

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Sunday, June 15, 2008

Minyak Naik Lagi

Petang semalam saya minum dikedai berhampiran sambil "memasang telinga".Orang masih bising membicarakan tentang harga minyak yang naik melambung di pasaran duni dan pasaran tempatan.Semua orang mengeluh."Aduh..!! kau tahu tak bila minyak naik semua perniaga ambil kesempatan menaikkan harga barangan walaupun barang itu mereka beli pada masa harga murah".Apa nak buat barang dia orang kalau kita tak mahu tak payah belilah.mencelah dari sudut kanan kedai berbicara."Kau tau tak,sejak harga minyak naik ni,bini aku selalu naik minyak..akupun dah berminyak dibuatnya".Seluruh orang dalam kedai minum itu ketawa.Nampaknya dia cuba menghiburkan hatinya dan hati orang lain.
Kita mesti faham,kalau kerajaan ta naikkan harga minyak teruk negara kita nak tampung subsidi minyak,kan lebih baik subsidi itu dihulurkan kepada orang yang lebih memerlukannya.Minyak kereta hanya untuk orang berkemampuan sahaja.
"La....kau ni macam faham aje?tapi kau tahu tak bila minyak naik harga barangan dan segala keperluan hidup akan naik,macam mana kau kata untuk membantu orang berpendapatan rendah sahaja.Kau ingat orang berpendapatan rendah tak payah makan ke..??Wah,nampak macam marah aje kawan tu..Macam mana aku tak panas,aku ada sepuluh orang anak,mereka nak sekolah ,nak makan,nak pakai,nak macam-macam dah lah tu bantuan semua tak dapat ,kau orang tahu sebabnya:Gaji aku RM 2010-sekolah tak bagi bantuan pakaian koko dan macam-macam bantuan semua tak dapat tapi orang gaji RM1900 anak 2 orang sahaja tapi semua dapat,sakit hati tau.Patutnya bantuan-bantuan yang hendak disalurkan kepada sesebuah keluarga hendaklah ikut pengiraan perkapita keluarga bukan jumlah gaji...ini tak adilllll."
Kesihan ya kalau jadi macam ni.Siapa nak bantu mereka?Kau orang fikir macam mana?

No comments:

Post a Comment