KELENDAR HIJRAH

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Monday, June 23, 2008

Beli Kereta Lagi.

Kata minyak naik,kenapa beli lagi kereta baru??Dah lah 2.5 CC ,kan tak wajar tu.Tapi tak pe,kalau beli kereta barupun bukan duit orang,duit kita sendiri.Kalau susahpun bukan orang lain yang susah,awak sendiri yang susahkan.Lagipun kalau beli kereta baru boleh juga menjana pendapatan orang lain dan negara ..kan?

Thursday, June 19, 2008

Naik Minyak.

Hari ini saya lihat seorang PakCik naik minyak di kedai baiki penghawa dingin kereta sebab dicas terlalu mahal dan ditipu macam-macam perkara."Hoi,tokey celaka,tadi saya suruh isi accont aje,kenapa cas sampai RM150.00?kau orang gila ke??"
"Hayya...boss,accont mana boleh jalan kalau itu ring accont tarak baiki".
"Celaka kau,tadi aku tengok tak ada apa-apa rosak...nininih ,tengok mana ada rosak yang kau orang tukar buat ape...memang dasar penipu,aku tak nak bayar.Cabut semula".
"Itu macam boos,kena bayar cas upah dua kali woo RM 80.00 ma...".
Wah,akupun teringgat beberapa peristiwa tentang baiki penghawa dingin dikedai Raub.Tiga bulan lalu aku pergi kesalah sebuah kedai kerana accopt kereta aku tak berfungsi walaupun dah masuk gas."Hayya kawan,sudah ada bocor lah".Lantas aku tanya bera harga untuk baiki .Dia kata lebih kurang RM 600 sahaja.Nasib baik masa itu aku tak de duit lagi,aku tangguh urusan baiki berkenaan.Selepas tiga bulan aku pergi semua kekedai yang sama.Tapi dia dah lupa agaknya.Saya buat tanya sekali lagi kenapa accont tak sejuk walaupun baru ditambah.Tokey itu pun cek lah kereta aku."Hayya kawan,dia punya ring sudah rosak lah".Lantas aku ambil keputusan, tak baiki di kedai berkenaan.Aku pergi kedai lain."Hayya kawan ini kipas accont tarak pusing lah".Ok,baru aku percaya.Aku tanya berapa harga kipas."Woo,kalu oligenal RM 300.00 loo,kalau secont hand punya RM150 looo,tapi semua sekali cas RM200 loooo,upah RM50.00.Itulah harga ikut suka hati dia orang,apa nak buat.KITA JUGA YANG KENA!!!!

Monday, June 16, 2008

Hoi,Kenapa Insuran Untuk Kereta Naik Juga..?

Huh,teruk betul..Insuran keretapun naik juga.Tahun lepas saya cuma bayar RM830.00 tapi haei semalam saya kena bayar RM1000.00 pula.Apa dah jadi ni,kenapa pula insuran pula yang naik.Mereka pun pakai minyak juga ke?jual taik minyak ada la...,kalau tak wajib beli insuran kereta untuk dapatkan road tax saya tak beli dah.Melampau betul puak-puak ni,pantang dengar kerajaan bagi duit pada rakyat,mereka mesti cari jalan nak ambil duit tu dengan cara yang sangat licik.Kau orang setuju ke insuran untuk kenderaan naik?kenapa mereka naik?Apa rasionalnya mereka naikkan bayaran polisi?Insuran tu pakai minyak nak buat ke?SAYA SANGAT PELIK!!!!!

Pintu Pejabat Pos PECAHHHHH

Fulammak........,ramainya orang di pejabat pos hari ini.Kenapa agaknya?apa ke tidaknya mereka nak ambil duit subsidi minyak RM 650 untuk kereta (ye ke 650...??saya tak berapa ingatlah) dan RM 150 untuk pemilik motosikal.Ramainya orang nak ambil duit free,kau orang tau tak pintu pejabat pos tu dah pecah hari sabtu baru ni,maklumlah hari pemulaan tapi saya pelik juga kenapa orang serbu sampai begitu jadinya bukankah tempoh masa untuk mengambil duit tu lama lagi.Lagi satu yang saya pelik,kenapa nak terima duit orang macam nak gila tapi bila masa bayar cukai pendapatan lain pula,orang akan tunggu sampai masa dah nak tamat barulah berpusu-pusu nak bayar.Begitu juga keadaanya bila time nak bayar hutang..!!Mengapa ye??

Sunday, June 15, 2008

Minyak Naik Lagi

Petang semalam saya minum dikedai berhampiran sambil "memasang telinga".Orang masih bising membicarakan tentang harga minyak yang naik melambung di pasaran duni dan pasaran tempatan.Semua orang mengeluh."Aduh..!! kau tahu tak bila minyak naik semua perniaga ambil kesempatan menaikkan harga barangan walaupun barang itu mereka beli pada masa harga murah".Apa nak buat barang dia orang kalau kita tak mahu tak payah belilah.mencelah dari sudut kanan kedai berbicara."Kau tau tak,sejak harga minyak naik ni,bini aku selalu naik minyak..akupun dah berminyak dibuatnya".Seluruh orang dalam kedai minum itu ketawa.Nampaknya dia cuba menghiburkan hatinya dan hati orang lain.
Kita mesti faham,kalau kerajaan ta naikkan harga minyak teruk negara kita nak tampung subsidi minyak,kan lebih baik subsidi itu dihulurkan kepada orang yang lebih memerlukannya.Minyak kereta hanya untuk orang berkemampuan sahaja.
"La....kau ni macam faham aje?tapi kau tahu tak bila minyak naik harga barangan dan segala keperluan hidup akan naik,macam mana kau kata untuk membantu orang berpendapatan rendah sahaja.Kau ingat orang berpendapatan rendah tak payah makan ke..??Wah,nampak macam marah aje kawan tu..Macam mana aku tak panas,aku ada sepuluh orang anak,mereka nak sekolah ,nak makan,nak pakai,nak macam-macam dah lah tu bantuan semua tak dapat ,kau orang tahu sebabnya:Gaji aku RM 2010-sekolah tak bagi bantuan pakaian koko dan macam-macam bantuan semua tak dapat tapi orang gaji RM1900 anak 2 orang sahaja tapi semua dapat,sakit hati tau.Patutnya bantuan-bantuan yang hendak disalurkan kepada sesebuah keluarga hendaklah ikut pengiraan perkapita keluarga bukan jumlah gaji...ini tak adilllll."
Kesihan ya kalau jadi macam ni.Siapa nak bantu mereka?Kau orang fikir macam mana?